Wednesday, July 16, 2008

Pelajar terbaik Sekolah Perempuan Methodist



Pada 17hb Julai 2008, selepas ceramah kepada pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada lebih kurang 10.50 malam, saya didatangi oleh Mohammad Shafeez bin Hassan (gambar bersebelahan), sambil memegang buku 'Kaedah Mokhdar - Falsafah dan Latihan Asas'.

Sebaik terpandang buku tersebut, saya terus bertanya kepada beliau, "Dari mana dapat buku 'ni?".

"Ini buku adik saya. Dia beri buku ini kepada saya."

"Dia beli di mana?"

"Saya tak pasti, mungkin di Kota Bharu. 'Dah lama 'dah dia miliki buku ini."

"Dia guna tak?"

"Ini yang saya nak beritahu cikgu. Dari kalangan adik beradik kami seramai lima orang, semuanya lemah matematik kecuali dia seorang. Saya tanya dia bagaimana dia begitu mudah belajar matematik sampai menjadi pelajar terbaik Methodist Girls School, Kelang? Dia beri buku ini kepada saya, suruh saya baca dan guna kaedah ini. Tapi saya tak faham."

"Dari mana dia dapat buku ini?"

"Saya tak tahu. Mungkin semasa dia bersekolah di Kota Bharu dulu."

"Kamu tinggal di Kota Bharu?"

"Dulu ayah bekerja di sana. Tapi emak dan ayah saya memang berasal dari Kota Bharu. Sekarang Ayah bekerja di Kuala Lumpur."

"Ayah seorang pegawai kerajaan?"

"Ya."

"Kalau kamu guna kaedah Mokhdar yang saya terangkan dalam buku ini, saya percaya kamu akan menjadi seperti adik kamu."

"Saya memang nak gunakan, sebab itu buku ini saya bawa ke mana-mana sahaja. Tetapi tak tahu bagaimana nak mulakan."

"Adik tak ajar?"

"Dia kata tak payah ajar, ia amat senang. Tapi saya masih tak dapat gunakan."

"Sebenarnya kamu bukannya tak faham, tapi kamu tak jadikan kaedah ini sebagai amalan. Kalau kamu gunakan ia sebagai bahasa minda kamu setiap kali melihat angka dan simbol dan ungkapan-ungkapan matematik, minda kamu akan menjadi minda yang mudah ingat terhadap apa sahaja yang kamu pelajari, termasuk ungkapan-ungkapn berbentuk non-mathematical. Bila kamu mudah ingat, sudah tentu kamu mudah faham. Masalahnya ialah, selama ini, kamu terpaksa menghafal, tak kiralah sama ada hafalan itu menggunakan satu detik atau sejuta detik, dalam istilah 'minda', ia tetap mengurangkan fokus kamu akhirnya kamu lebih banyak menghafal daripada memahami apa yang dipelajari. Jika kamu budayakan minda kamu dengan sebutan Mokhdar, apa yang kamu perlu lakukan hanyalah memahami apa yang dipelajari dan kamu tak perlu lakukan apa-apa selain dari belajar, faham dan ingat secara spontan dan berkekalan lama tanpa perlu membuang masa untuk menghafal. Masalah kamu sekarang ialah, kamu bukannya tak faham apa yang terkandung dalam buku ini, kamu cuma tak gunakan."

"Tapi macam mana adik saya boleh pula gunakan?" .

"Sejak bila adik gunakan?"

"Saya pun tak pasti, mungkin sejak dia mulai bersekolah."

"Saya rasa dia ikuti bengkel intensif lapan hari dulu. Nanti kamu balik tanya bapa, pernah tak dia hantar adik kamu ikuti program bengkel intensif. Biasanya pelajar berusia 10 tahun ke bawah hanya dapat mengaplikasikan kaedah ini dengan baik setelah mereka ikuti bengkel intensif antara 8 ke 20 hari. Kamu tanya bapa kamu nanti."

"Pakcik, saya dalam tingkatan empat sekarang. Saya ambil matematik tambahan, fizik, biologi dan kimia. Boleh tak kaedah ini membantu saya?"

"Apa tidaknya? Jika kaedah ini telah jadi budaya minda kamu, kamu tidak perlu membuang masa yang begitu banyak untuk menghafal input-input di dalam subjek-subjek tersebut. Tumpukan untuk memahami apa yang dipelajari. Biarkan tugas mengingat dilakukan oleh minda kamu secara bawah-sedar. Cikgu-cikgu selalu menasihatkan pelajar supaya berusaha memahami apa yang dipelajari dan bukan menghafalnya. Masalahnya ialah, jika tak hafal, tak ingat, Jika tak ingat apa yang cikgu ajar semalam atau sebentar tadi, apa yang dipelajari kemudian pasti lebih sukar untuk difahami. Masuk ke dewan peperiksaan pula, kalau tak ingat, macam mana nak jawab. Jadi, untuk mendapat keputusan yang cemerlang, otak kita mesti memiliki keduanya, iaitu mudah faham dan mudah ingat. Bila amalkan Mokhdar, tumpukan perhatian untuk mudah faham sahaja kerana orang yang gunakan Mokhdar dapat ingat dengan mudah terhadap apa sahaja yang dipelajari terutamanya ingatan terhadap angka dan simbol. Kalau kamu praktikkan Mokhdar dari sekarang, kemampuan otak kamu di dalam mengingat angka dan simbol akan melonjak sekurang-kurangnya seratus kali lebih baik."

"Cikgu, macam mana cikgu dapat ingat begitu banyak formula kimia seperti yang cikgu tunjukkan tadi? Sampai sekarang saya masih belum ingat caj-caj anion dan kation untuk garam yang cikgu katakan tadi boleh diingat dalam masa lebih kurang lima minit sahaja?"

Saya mengambil sehelai kertas, dan menunjukkan kepada beliau dan pelajar-pelajar yang mengerumuni kami bagaimana sebutan Mokhdar menjadikan simbol-simbol dan equations dan semua input dalam subjek-subjek matematik dan sains dapat diingat lebih spontan dan berkesan bila kaedah Mokhdar diamalkan.

Semua yang mengerumuni kami tampak amat kagum bila saya menulis susunan simbol-simbol atom dalam jadual kala berserta dengan nombor-nombor proton dan berat atomiknya dengan lancar bagaikan semua tertulis di dalam minda saya. Jika tidak kerana saya terpaksa meminta diri kerana hari telah lewat malam, pasti mereka akan terus bersama saya untuk mendengar dengan penuh minat terhadap segala yang saya ucapkan.

2 comments:

putra said...

Askum sy akui ck moktar org yg hbt tp kenapa phak pgurusan kaedah mkdar xckap smpai staff tdak dberi gaji ada plak gji dbyr ansur2 pkirlah mereka ada ank bni yg mahu mkn spti anda..sy pnah dhalau dr umah gra2 xdbyar gaji ank bni xmkn ank yg msh 7blan hny mnum susu pekat f&n mnakah ehsan anda 508 yg dbanga2kn

putra said...

Berilah hak kami sekeluaga