Monday, August 10, 2009

Lonjakan mereka adalah serta-merta


Muiz (pelajar Tahun 2 tahun 2008,SRA Intergrasi Sek.19, Shah Alam, melonjak dari tempat ke 15 ke tempat pertama sebulan selepas hadiri bengkel intensif Mokhdar selama lapan hari.

Muiz (a Year Two student 2008 of Intergrated Religious Primary School of Section 19, Shah Alam, roused from the 15th posittion to first a month after attending the Mokhdar Intensive Workshop for eight days.






Fawwaz (Pelajar Tahun 2 tahun 2008, SK Sek.20, Shah Alam), melonjak dari kelas kelima terbaik ke kelas pertama terbaik dalam masa dua tahun (kedudukan terakhir : tempat ketiga dalam kelas kedua terbaik)

Fawwaz (a Year Two student of 2008, Section 20 Primary School, Shah Alam), roused from the fifth to first best class over the span of two years (latest development : the third position in the second best class)

Anugerah kecemerlangan peringkat kebangsaan

Penerima anugerah ‘Tokoh Kepimpinan Murid Asrama Kebangsaan (Naib-Johan)’ dalam ‘Majlis Anugerah Seri Asrama Terbilang 2009’ (Sabtu 25hb Julai 2009) Siti Fatimah bt Md.Zain, anak pasangan guru suami isteri di SMK Slim River (ayah Siti ialah Penolong Kanan HEM manakala ibu Siti ialah Guru Kanan Bahasa) ikuti Bengkel Intensif 8 Hari Kaedah Mokhdar yang dijalankan di Slim River pada 2004. Sejak itu, menurut kedua ibu bapa Siti Fatimah, lonjakan kemampuan Siti Fatimah dan abangnya melonjak ketara. Jika berkereta bersama, nombor-nombor kereta yang terlintas di hadapan menjadi bahan kreativiti matematik dan ada kalanya menjadi bahan ketawa (dalam Mokhdar, ungkapan mathematical bukan sahaja amat padat & mudah pantas diurus tetapi juga amat ceria malah lucu serta disenangi oleh minda dan disimpan dalam kotak memori untuk jangka masa yang lama, serta dapat diakses pada kelajuan yang amat pantas). Menurut ibu Fatimah,beliau mendapati kreativiti itulah,di samping ketangkasan mengira dan mencongak yang dimiliki kerana mempraktikkan Mokhdar, yang telah melonjakkan kemampuan minda mereka sehinggakan, walaupun amat aktif di dalam kegiatan sukan dan ko-kurikulum, Fatimah tetap mencatat keputusan cemerlang bagi setiap subjek yang diambil. (Fatimah telah menerima
pelbagai anugerah di peringkat sekolah,daerah dan negeri dan pernah duduki tempat ketiga kejuaraan badminton bawah 12 tahun negeri Perak). Pada Sabtu 25hb Julai 2009, Fatimah ke Kuala Lumpur ditemani kedua ibu bapanya dan menerima anugerah ‘Naib-Johan Tokoh Kepimpinan Murid Asrama Peringkat Kebangsaan pada Majlis Anugerah Seri Asrama Terbilang 2009’.

The runner-up for “National Leadership Hostellites Awards” bestowed in the Majlis Anugerah Seri Asrama Terbilang 2009 (Sat 25th 2009), Siti Fatimah bt Md.Zain, daughter of a couple teaching at the SMK Slim River (Siti’s father is the senior assistant of the students affairs and her mother is the senior bahasa Malaysia teacher) participated in the eight days workshop organised at Slim River in 2004. Since then, according to both of the parents, there were outstanding leapts in the mind abilities of Siti Fatimah and her elder brother. Very oftern, while they were in car travelling together, the car numbers that passed across them became materials for mathematical creativities and sometimes become source of laughters (in Mokhdar, mathematical expressions not only concised and easy to manage but also cheerful and amusing and comfortable to the mind and stick inside the memory for a very long period, and accessible at a very fast speed). According to Fatimah’s mother, she found that the creativities, beside the abilities to calculate at speed and to do mind calculations, which had tremendiously increased their mind abilities, that, eventhough they were very active in the co-curriculum activities, Fatimah had achieved flying colour result for every paper she sat for. (Fatimah had gathered several awards at the school, disctrict and state level and was the third champion of the Badminton Championship for under 12th years old of the Perak state). On Saturday 25th of July 2009, accompanied by her parents, Fatimah was the receiver of the ‘Runner-up for the National Hostellites Leadership Award’ at the Majlis Anugerah Seri Asrama Terbilang 2009 held in Putra Jaya.


Mampu fahami subjek matematik sekolah menengah



Balqis, 6 tahun, dari Tasik Puteri, Rawang.Tanya apa sahaja darab asas seperti 13×19,dia pasti jawab lancar dalam BM/ English, selepas 8 hari sertai bengkel Mokhdar. Tak lama lepas itu Balqis mampu pula mencongak bagi darab 2 digit didarab 1 digit (Kini Balqis berusia 7 tahun dan belajar di Tahun 1 SKTP.) Terbaru : Balqis cuba diajar menyelesaikan masalah fact & figure bagi subjek-subjek algebra, pecahan algebra, trigonometri (sain, kosain & tangen) dan functions. Balqis mampu memahami & menyelesaikan masalah-masalah tersebut.

Sunday, August 9, 2009

Nombor 33 ke nombor 1 dalam dua bulan!


Rabiatul - melonjak dari tempat ke 33 ke tempat pertama dalam kelas dua bulan selepas pulang dari kem lapan hari kaedah Mokhdar (Pelajar Tahun Tiga 2008 SRA Intergrasi Keramat). Menurut ibu Rabiatul, yang bekerja sebagai Pengurus Perhubungan Awam Hospital PUSRAWI di Kuala Lumpur, semasa menerima buku laporan kemajuan, buku laporan kemajuan Rabiatul disimpan oleh gurunya sehinggalah semua murid-murid lain telah mendapat buku laporan masing-masing. Kemudian guru itu bertanya sama ada ada sesiapa yang masih belum menerima buku laporannya. Rabiatul mengangkat tangan dan dipanggil ke hadapan. Disangkanya guru itu mahu memarahinya, sebaliknya guru itu berkata, “Inilah orangnya yang mesti kamu contohi
jika kamu mahu berjaya. Rabiatul telah berusaha keras sehingga membolehkan dia melonjak daripada 25% dalam kertas matematik menjadi 100%! Untuk makluman kamu juga, Rabiatul juga telah melonjak dari tempat 33 ke tempat pertama dalam kelas!!” Sebenarnya kerajinan dan sikap Rabiatul tetap seperti

4 tahun kuasai darab dalam 4 hari!



Muhammad Zuhayr bin Ismail, kini 4½ tahun (Julai 2009). Ibu Zuhayr, Puan Rodzilah adalah seorang guru di SMK Sungai Choh, Rawang. Oleh kerana keseorangan di rumah, turut duduk bersama ibu dan kakak-kakaknya (5 & 6 tahun) ikuti program bengkel intensif 8 hari kaedah Mokhdar di Pusat Latihan Kaedah Mokhdar di Country Homes, Rawang (ada masa menyertai kelas ibunya dan ada masa menyertai kelas kakaknya). Oleh kerana terikat dengan tugas, Puan Rodzilah dan keluarganya tidak menyertai program ini secara berterusan selama lapan hari, sebaliknya hadir empat hari pertama minggu pertama dan hadir empat hari kedua pada minggu
kedua (minggu kedua untuk batch peserta yang lain. Kakak-kakaknya telah menguasai fakta asas matematik (darab) dengan begitu lancar dan mengkagumkan semua hadirin. Tetapi semua hadirin malah Mokhtar sendiri lebih terkejut bila mendapati yang Zuhayr juga telah menguasai fakta asas tersebut malah sama lancar dengan kakak-kakaknya. Ditanya, ‘nine times nine’, terus dijawab ‘eighty-one’. Kini bukan sahaja memiliki ingatan yang amat kuat dibanding kanak-kanak sebaya, tetapi juga mampu mencongak dua digit didarab satu digit, walaupun masih lagi mengambil masa yang agak lama.
Muhammad Zuhayr bin Ismail,
kini 4½ tahun

Monday, July 28, 2008

Bila guna Mokhdar, kita cuma 'ingat' dan bukannya 'nak ingat'

Anis Farihin bt Zainal Abidin,
pelajar Kolej Islam Antarabangsa,
Gombak

Isteri saya memanggilnya 'Ton', tetapi nama sebenarnya tidak diketahui. Mereka sering bertemu di dalam kelas-kelas agama yang diadakan di masjid Country Homes, dan hubungan mereka menjadi rapat dan saling berkunjung. Malah saya pernah mengirim wang kepada isteri dengan cara online ke akaun Ton kerana isteri saya tidak mempunyai akaun Maybank dan cawangan bank isteri saya tidak terdapat di tempat saya berada ketika itu.

Ton memberitahu isteri saya yang anak-anaknya pernah ikuti
program Bengkel Kaedah Mokhdar yang dijalankan di Sekolah Rendah Khir Johari pada tahun 1999 dahulu.

"Tanyalah dia perkembangan anak-anaknya, bolehlah kita masukkan ke dalam laman web," kata saya.

"Seganlah saya," katanya.

Hari ini, Isnin 28hb Julai 2008, saya tidak ke mana-mana dan berada di rumah sebelum ke pejabat. Pada jam lebih kurang 9.45 pagi, sebuah kereta berhenti di hadapan rumah. Ton bersama dengan dua orang anak-anak beliau keluar dari kereta, tetapi tidak terus masuk ke rumah. Anak-anaknya membelek anak-anak kucing yang ditempatkan di dalam sangkar besi di luar rumah, yang baru dilahirkan ibunya kira-kira sebulan yang lalu.

"Mereka nak ambil anak-anak kucing itu'kah? Sayang pula nak beri," kata saya. Isteri saya memberitahu yang Ton telah membuat booking untuk anak-anak kucing kacukan Siam itu.

"Tak'lah, suaminya tak benarkan," kata isteri saya.

Walaupun saya jarang melayan kucing-kucing tersebut, tetapi melihat kelitah ibunya yang sering menggesel-geselkan badannya ke kaki saya dan duduk berhampiran saya jika saya duduk bersila, terasa berat hati mahu memisahkan ia dengan anak-anaknya.

Saya naik ke tingkat atas dan bersalin pakaian untuk ke pejabat. Bila saya turun, Ton dan anak-anaknya sudah pun berada di dalam rumah.

"Cikgu Mokhtar!" sapa anaknya.

"Apa khabar?" tanya saya. "Kamu'ke yang pernah ikuti Bengkel Kaedah Mokhdar di Sungai Petani dahulu?"

"Memang ya," jawabnya. "Kami bertiga, lama dulu, tahun 1999, masa itu cikgu pakai Pajero."

"Saya hantar semuanya. Mula berat nak hantar sebab masa itu gaji suami saya tidaklah banyak. Tapi lepas bincang dengan Encik Mokhtar, kami masukkan kesemuanya," kata Ton pula.

Menjadi adat saya iaitu untuk menguji sama ada seseorang yang pernah ikuti program Kaedah Mokhdar terus mengamalkan kaedah itu ataupun tidak, saya bertanyakan sifir dalam kod-kod Mokhdar yang tidak akan dapat dijawab sekiranya seseorang itu tidak terus mengamalkan Mokhdar.

"Ja ka?" tanya saya.

"Man," jawabnya.

"Ka lan?"

"Jaw".

"Alhamdulillah. Sah kamu gunakan. Sekarang di mana?"

"Kolej Islam Antarabangsa di Gombak."

"Alhamdulillah. Terus gunakan atau tidak?".

"Sampai sekarang saya terus gunakan. Matematik score A dalam setiap exam termasuk PMR dan SPM. Begitu juga adik saya iaitu Amira Farhana, matematik, scored A dalam setiap exam termasuk PMR dan SPM. Masa masuk program Mokhdar dulu, dia dalam Tahun 3 sekolah rendah," jawab Anis Farhana, anak Ton.

"Sebenarnya saya sendiri pun cekap dengan kaedah Mokhdar walaupun tak masuk program," kata Ton, sambil menyebut sebutan darab asas dalam kaedah Mokhdar. "Jalan naga, ja ka man, pa lan gan."

"Memang hebat 'ni. Kalau 'dah cekap macam 'tu, mengingat angka, tarikh sejarah, rumus, formula kimia, seksyen undang-undang, fakta sains dan matematik tidak lagi memerlukan hafalan yang berlebihan," kata saya.

"Saya memang terus gunakan sampai sekarang, cikgu. Contohnya, nak ingat nombor-nombor telefon, memang saya sebut secara Mokhdar, sebab itu saya senang ingat."

"Sebenarnya bila guna Mokhdar, kita tak perlu sebut 'nak ingat' lagi, kerana bila sebut 'nak' itu, ertinya perlu ada sesuatu aktiviti yang memerlukan fokus. Kita hanya ingat - ingat sahaja apa yang dilihat dan didengar tanpa perlu sebut 'nak' kerana banyak daripada perkara-perkara itu, misalnya nombor-nombor telefon, yang tersimpan di dalam memori kita untuk jangka waktu yang amat lama walaupun kita tidak terlintas pun 'nak' ingat akan nombor-nombor itu," kata saya.

Wednesday, July 16, 2008

Pelajar terbaik Sekolah Perempuan Methodist



Pada 17hb Julai 2008, selepas ceramah kepada pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada lebih kurang 10.50 malam, saya didatangi oleh Mohammad Shafeez bin Hassan (gambar bersebelahan), sambil memegang buku 'Kaedah Mokhdar - Falsafah dan Latihan Asas'.

Sebaik terpandang buku tersebut, saya terus bertanya kepada beliau, "Dari mana dapat buku 'ni?".

"Ini buku adik saya. Dia beri buku ini kepada saya."

"Dia beli di mana?"

"Saya tak pasti, mungkin di Kota Bharu. 'Dah lama 'dah dia miliki buku ini."

"Dia guna tak?"

"Ini yang saya nak beritahu cikgu. Dari kalangan adik beradik kami seramai lima orang, semuanya lemah matematik kecuali dia seorang. Saya tanya dia bagaimana dia begitu mudah belajar matematik sampai menjadi pelajar terbaik Methodist Girls School, Kelang? Dia beri buku ini kepada saya, suruh saya baca dan guna kaedah ini. Tapi saya tak faham."

"Dari mana dia dapat buku ini?"

"Saya tak tahu. Mungkin semasa dia bersekolah di Kota Bharu dulu."

"Kamu tinggal di Kota Bharu?"

"Dulu ayah bekerja di sana. Tapi emak dan ayah saya memang berasal dari Kota Bharu. Sekarang Ayah bekerja di Kuala Lumpur."

"Ayah seorang pegawai kerajaan?"

"Ya."

"Kalau kamu guna kaedah Mokhdar yang saya terangkan dalam buku ini, saya percaya kamu akan menjadi seperti adik kamu."

"Saya memang nak gunakan, sebab itu buku ini saya bawa ke mana-mana sahaja. Tetapi tak tahu bagaimana nak mulakan."

"Adik tak ajar?"

"Dia kata tak payah ajar, ia amat senang. Tapi saya masih tak dapat gunakan."

"Sebenarnya kamu bukannya tak faham, tapi kamu tak jadikan kaedah ini sebagai amalan. Kalau kamu gunakan ia sebagai bahasa minda kamu setiap kali melihat angka dan simbol dan ungkapan-ungkapan matematik, minda kamu akan menjadi minda yang mudah ingat terhadap apa sahaja yang kamu pelajari, termasuk ungkapan-ungkapn berbentuk non-mathematical. Bila kamu mudah ingat, sudah tentu kamu mudah faham. Masalahnya ialah, selama ini, kamu terpaksa menghafal, tak kiralah sama ada hafalan itu menggunakan satu detik atau sejuta detik, dalam istilah 'minda', ia tetap mengurangkan fokus kamu akhirnya kamu lebih banyak menghafal daripada memahami apa yang dipelajari. Jika kamu budayakan minda kamu dengan sebutan Mokhdar, apa yang kamu perlu lakukan hanyalah memahami apa yang dipelajari dan kamu tak perlu lakukan apa-apa selain dari belajar, faham dan ingat secara spontan dan berkekalan lama tanpa perlu membuang masa untuk menghafal. Masalah kamu sekarang ialah, kamu bukannya tak faham apa yang terkandung dalam buku ini, kamu cuma tak gunakan."

"Tapi macam mana adik saya boleh pula gunakan?" .

"Sejak bila adik gunakan?"

"Saya pun tak pasti, mungkin sejak dia mulai bersekolah."

"Saya rasa dia ikuti bengkel intensif lapan hari dulu. Nanti kamu balik tanya bapa, pernah tak dia hantar adik kamu ikuti program bengkel intensif. Biasanya pelajar berusia 10 tahun ke bawah hanya dapat mengaplikasikan kaedah ini dengan baik setelah mereka ikuti bengkel intensif antara 8 ke 20 hari. Kamu tanya bapa kamu nanti."

"Pakcik, saya dalam tingkatan empat sekarang. Saya ambil matematik tambahan, fizik, biologi dan kimia. Boleh tak kaedah ini membantu saya?"

"Apa tidaknya? Jika kaedah ini telah jadi budaya minda kamu, kamu tidak perlu membuang masa yang begitu banyak untuk menghafal input-input di dalam subjek-subjek tersebut. Tumpukan untuk memahami apa yang dipelajari. Biarkan tugas mengingat dilakukan oleh minda kamu secara bawah-sedar. Cikgu-cikgu selalu menasihatkan pelajar supaya berusaha memahami apa yang dipelajari dan bukan menghafalnya. Masalahnya ialah, jika tak hafal, tak ingat, Jika tak ingat apa yang cikgu ajar semalam atau sebentar tadi, apa yang dipelajari kemudian pasti lebih sukar untuk difahami. Masuk ke dewan peperiksaan pula, kalau tak ingat, macam mana nak jawab. Jadi, untuk mendapat keputusan yang cemerlang, otak kita mesti memiliki keduanya, iaitu mudah faham dan mudah ingat. Bila amalkan Mokhdar, tumpukan perhatian untuk mudah faham sahaja kerana orang yang gunakan Mokhdar dapat ingat dengan mudah terhadap apa sahaja yang dipelajari terutamanya ingatan terhadap angka dan simbol. Kalau kamu praktikkan Mokhdar dari sekarang, kemampuan otak kamu di dalam mengingat angka dan simbol akan melonjak sekurang-kurangnya seratus kali lebih baik."

"Cikgu, macam mana cikgu dapat ingat begitu banyak formula kimia seperti yang cikgu tunjukkan tadi? Sampai sekarang saya masih belum ingat caj-caj anion dan kation untuk garam yang cikgu katakan tadi boleh diingat dalam masa lebih kurang lima minit sahaja?"

Saya mengambil sehelai kertas, dan menunjukkan kepada beliau dan pelajar-pelajar yang mengerumuni kami bagaimana sebutan Mokhdar menjadikan simbol-simbol dan equations dan semua input dalam subjek-subjek matematik dan sains dapat diingat lebih spontan dan berkesan bila kaedah Mokhdar diamalkan.

Semua yang mengerumuni kami tampak amat kagum bila saya menulis susunan simbol-simbol atom dalam jadual kala berserta dengan nombor-nombor proton dan berat atomiknya dengan lancar bagaikan semua tertulis di dalam minda saya. Jika tidak kerana saya terpaksa meminta diri kerana hari telah lewat malam, pasti mereka akan terus bersama saya untuk mendengar dengan penuh minat terhadap segala yang saya ucapkan.