Wednesday, January 16, 2008



Jufri Haikal bin Suhaimi, pelajar Tahun 1 SK Taman Desa (2), Bandar Country Homes, Rawang. Oleh kerana telah lama terdedah dengan penggunaan kaedah Mokhdar oleh abangnya, Johan Haikal (lih. catatan tentang beliau), pada hari kedua Jufri Haikal telah pun kuasai darab asas hampir sepantas abangnya.

Jufri dan Johan akan menjadi sparring partner dalam penggunaan kaedah Mokhdar dan oleh sebab sedemikian, mereka akan mendapat faedah terbaik daripada kaedah ini. Secara semula jadi mereka akan dapat melihat betapa input-input matematik dan sains adalah berpuluh kali ganda lebih mudah untuk diuruskan (sama ada dalam proses mengingat, menganalisis, memproses input - menambah, menolak, mendarab, membahagi, mencongak, mengaplikasikan rumus dan model penyelesaian masalah yang diingat), dsb.

Tarikh entri : 16hb Jan 2008.

1 comment:

Anonymous said...

harap lebih ramai lagi anak melayu mengamalkan kaedah ini demi kemajuan bangsa melayu dan tanah air....