Wednesday, January 16, 2008

Wak wuk wak wuk dah tahu jawapan ..


Johan Haikal bin Suhaimi, 8 tahun, pelajar Tahun Dua SK Taman Desa (2), Bandar Country Homes, Rawang. Menyertai Bengkel Intensif Kaedah Mokhdar di Pusat Latihan Kaedah Mokhdar (ibu pejabat Fyvoeight Resources - No 23 & 25 (Gr to 2nd Floor) Jalan Pusat BCH 1/3, Bandar Country Homes, 48000 Rawang.
Menurut ibu Johan, Junaidah bt Mat Piah, 33 tahun, anaknya amat cekap dengan darab asas, malah boleh mencongak sehingga darah dua digit didarab dengan satu digit, sejak ikuti bengkel tersebut.
"Saya cuma tahu sikit-sikit sahaja tentang akedah ini, tapi kalau tanya kepada anak saya, entah apa yang dikumatkamitkannya, wak wuk wak wuk wak wuk wak wuk, terus beri jawapan, wak wuk wak wuk, terus beri jawapan sepantas kilat. Saya tak mahu adiknya, Jufri, tertinggal (lihat keterangan tentang Jufri bin Suhaimi, 7 tahun), sebab itu saya masukkan Jufri pula, dan Johan pula saya masukkan ke dalam program susulan, dengan niat agar dia dapat menyelesaikan masalah matematik pada tahap yang jauh lebih tinggi agar matematik jadi subjek yang paling mudah dan paling disenangi olehnya serta tidak membebankan penggunaan masanya sama sekali, juga meningkatkan kekuatan memorinya terhadap input-input sains dan pengetahuan am."
Keluarga Puan Junaidah adalah penduduk Bandar Country Homes dan rumah mereka terletak tidak jauh dari ibu pejabat Fyvoeight Resources.

No comments: