Wednesday, January 16, 2008

Hafaz semua kandungan jadual kala dlm masa 2 jam!!


Keseluruhan jadual kala diingat dalam masa kurang dari dua jam!
Farah Aqilla bt Abd Mutallib, pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Agama Kerajaan negeri Johor di Bandar Kluang ini, mengikuti Bengkel Intensif Kaedah Mokhdar di Bandar Baru Uda, JB, dari 18hb - 25hb Nov 2007. Bersama dengan peserta-peserta lain, beliau dilatih menjana kaedah Mokhdar agar menjadi bahasa mindanya supaya segala input-input mathematical dan sains seperti persamaan, rumus, langkah kerja penyelesaian masalah, derived quantities, tindakbalas kimia dll dapat diingat tanpa perlu dihafal, serta tanpa melakukan apa-apa selain dari tengok / baca dan ingat begitu sahaja.
Pada hari kelima, semua peserta di dalam kelas beliau telah diberi tugas mengingat jadual berkala (simbol, nombor proton dan atomic weight) dan input-input lain dalam subjek biologi, fizik, sejarah, geografi, pengetahuan agama Islam, bahasa, pengetahuan am dll. Dalam masa kurang dari dua jam, Farah berjaya mengingat keseluruhan kandungan jadual kala tersebut termasuk nombor proton, simbol dan atomic weight setiap unsur!
Pada hari pertama mengikuti bengkel, peserta yang pernah mengikuti program kira cepat menersi penggunaan abakus ini telah ditewaskan dengan mudah oleh Mokhtar Hj Mansor bagi mencongak darab dua digit didarab dengan satu digit. Namun pada hari akhir, selepas berlaku pembudayaan kaedah Mokhdar di dalam minda peserta ini menerusi aktiviti yang dijalankan, Farah berjaya menewaskan Mokhtar bagi congakan darab dua digit dengan satu digit walaupun masih belum mampu menewaskan Mokhtar untuk darab dua digit didarab dengan dua digit kerana sebutan Mokhdar belum benar-benar mantap dalam mindanya.
Beliau yang akan menduduki SPM pada tahun depan dengan mengambil 12 subjek termasuk fizik, biologi, kimia, bahasa Arab dsb ini mengakui bahawa menghadiri bengkel ini merupakan saat-saat permulaan akan berlakukan lonjakan kemampuan beliau dalam menangani keperluan pembelajaran di samping memiliki keyakinan yang jauh lebih baik kerana dapat mengingat input tanpa perlu membebankan diri dan minda seperti yang terpaksa dilakukan oleh kebanyakan pelajar lain.

1 comment:

Anonymous said...

wahai.....best tu!