Wednesday, January 16, 2008

Yang masuk Mokhdar dapat 5A, tak masuk tak dapat 5A

Nur Nadziera bt Mazlan akan menduduki peperiksaan SPM pada 2008. Beliau mengikuti bengkel intensif Kaedah Mokhdar semasa dijalankan di Tampoi Utama semasa beliau di Tahun Lima sekolah kebangsaan. Masa itu beliau adalah antara pelajar yang lemah di dalam matematik.
Bagaimanapun dalam peperiksaan UPSR pada tahun berikutnya, beliau mendapat kejayaan cemerlang dengan mendapat 5A dan ditawarkan ke Sekolah Menengah Tun Fatimah, Johor Bharu.
Dalam peperiksaan PMR beliau mendapat straight 8As dan menerima hadiah penghargaan dari Koperasi Mahasiswa Johor. Walaupun telah mengikuti Bengkel Intensif Kaedah Mokhdar beberapa tahun lepas, beliau mengikutinya sekali lagi dan kali ini dengan tujuan untuk mendapatkan latihan khusus untuk berlatih menukar (convert) segala input dalam subjek-subjek fizik, biologi dan kimia menurut sebutan Mokhdar dengan cara yang lebih spontan agar beliau dapat memiliki saiz memori yang besar bagi subjek-subjek tersebut tanpa perlu berhempas pulas menghafalnya agar masanya dapat ditumpulkan kepada perkara lain yang lebih penting khususnya memahami segala yang dipelajari di samping menguruskan mas dengan jauh lebih baik dan berkesan serta menghasilkan ketenangan diri.
"Saya percaya yang ia bukan suatu kebetulan bila adik Nur Nadziera, Mohd. Arif Azfar, yang tidak mengikuti program ini dulu hanya endapat 4A 1B dalam UPSR (B bagi kerta Sains)," kata Puan Norchahaya bt Mohd Don, seorang penjawat awam di JPA3, Johor Bharu. Atas sebab itu, beliau mendaftarkan semua anaknya mengikuti program ini yang telah diadakan dari 18hb hingga 25hb November 2007, walaupun terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk tujuan tersebut. "Peluang untuk mengikuti program En.Mokhtar ini bukannya boleh dapat selalu. Itupun nasib saya baik kerana terbaca iklan yang diedar," sambung beliau seterusnya.
Tarikh entri : 16hb Jan 2008

No comments: