Sunday, January 20, 2008

Adik 6 tahun lebih cekap darab dari abang & kakak 8 & 9 tahun


Tiga anak En.Zahid Isnin, jurutera Syarikat Telekom Malaysia Bhd di Johor Bharu ini telah sertai Bengkel Intensif Kaedah Mokhdar di JB dari 23hb ingga 20hb Dis 2007. Di dalam majlis penutup dan demonstrasi kemahiran peserta yang diadakan di akhir program, En.Zahid sekeluarga tiba lewat dan kemahiran anak-anak beliau tidak sempat ditampilkan di dalam majlis tersebut. Bagaimanapun kedua isteri ini begitu ceria menceritakan bagaimana sejak hari pertama mengikuti bengkel ini, keceriaan dan kemampuan mereka menguruskan fakta dan input matematik meningkat mendadak dan begitu ketara. Di akhir program, semua anak-anak beliau, Muhammad Zaki, 8 tahun, Nurul Hayati, 9 tahun dan Muhammad Asri, 6 tahun, menguasai dengan cekap akan fakta matematik asas iaitu jadual darab sifar hingga 11.
Namun yang menariknya, Muhammad Asri yang berusia 6 tahun menunjukkan penguasaan darab yang jauh lebih pantas daripada abang dan kakaknya. Walau apa pun, hasil daripada installation sebutan kaedah Mokhdar ke dalam minda mereka menerusi fakta asas matematik, anak-anak ini akan membesar sebagai pelajar yang menyenangi matematik dan segala subjek yang dipelajari walaupun subjek berkenaan, misalnya fizik, matematik tambahan, kimia dan kejuruteraan, dianggap sebagai subjek yang amat susah oleh pelajar lain. Ini kerana minda mereka telah terbentuk sebagai minda yang amat peka terhadap ungkapan mathematical dan menjadi lebih fokus terhadap ungkapan-ungkapan dalam bentuk lain kerana ia tidak lagi dibebani dengan kesukaran menguruskan input-input mathematical.
Jika ibu bapa ketiga pelajar seperti ini rajin menguji kepintaran mencongak anak-anak mereka (ibu bapa hendaklah menggunakan kalkulator bagi tujuan tersebut dan mulakan ujian oral ini dengan soalan dua digit didarab dengan satu digit (and vice versa), selepas itu naikkan kepada tiga digit didarab dengan satu digit dan akhirnya cuba dengan dua digit didarab dengan dua digit. Hanya dengan menggunakan kekuatan memori terhadap fakta asas darab, disertai dengan kebolehan melakukan operasi tambah dengan pantas (jika nak hendakkan mereka lebih cepat menguasai kemahiran mencongak ini, hafal sahaja rajah tambah asas - dan jangan lupa gunakan sebutan Mokhdar kerana sebutan-sebutan lain akan membebankan anak-anak kecil secara keterlaluan), mereka akan memberi jawapan kepada soalan yang ditanya pada kelajuan jauh melebihi penggunaan kalkulator.
Bagaimanapun ibu bapa tak seharusnyalah cuba lebih jauh dengan mencuba memaksakan kemahiran mencongak bagi yang melebihi jumlah digit tersebut kerana kemahiran mencongak pantas bagi darab dua digit didarab dengan satu digit adalah sudah lebih dari mencukupi untuk menjadikan anak-anak sekecil enam tahun mampu memahami dan menyelesaikan masalah-masalah fact & figure bagi soalan-soalan matematik menengah rendah seperti hukum indeks, algebra, pecahan algebra, trigonometri, persamaan linear, persamaan quadratik dan sebagainya. Di samping kecekapan penguasaan darab, kemudahan mereka mengingat rumus menjadikan minda mereka lebih yakin dan lebih fokus untuk berbuat demikian. Ibu bapa bolehlah mencuba sendiri kebenaran dakwaan ini.
Catatan: Program menjadikan anak-anak kecil dan remaja mampu memahami dan menyelesaikan masalah matematik dan mathematical yang jauh lebih tinggi dari tahap usia mereka akan mulai kami jalankan di ibu pejabat Fyvoeight Resources di Country Homes, Rawang, mulai bulan November dan Disember 2007. Untuk pelajar-pelajar yang telah memiliki kemahiran sasaran kaedah Mokhdar, program ini mengambil masa antara lapan ke enam belas hari, bergantung kepada tahap pembelajaran yang mahu dicuba.

No comments: