Saturday, January 19, 2008

Anak rakan dari lemah matematik jadi juruterbang


Semasa Bengkel Intensif 8 Hari Kaedah Mokhdar diadakan di Alor Setar, Kedah pada awal tahun 2006, Puan Norbaiti yang telah berusia 52 tahun, di samping mendaftarkan anak beliau, turut mendaftarkan dirinya sendiri untuk mengikuti program tersebut (beliau terpaksa mengambil cuti seminggu untuk tujuan berkenaan). Ketika ditanya apakah yang mendorong beliau untuk turut sama mengikuti bengkel ini, kakitangan di Jabatan Akauntan Negara cawangan Alor Setar ini dengan penuh bersemangat memberitahu, "Anak rakan sepejabat Kak Long dulu mengalami lonjakan prestasi yang amat hebat , dari lemah matematik jadi amat cekap dengan subjek tersebut. Kini anak rakan Kak Long itu adalah bakal pilot di Institur Penerbangan TUDM di Alor Setar. Sebab itu Kak Long sanggup bercuti enam hari untuk ikuti bengkel ini bersama anak Kak Long agar Kak Long dapat membantu anak tunggal Kak Long ini agar benar-benar menjadi seorang yang amat genius dan berjaya cemerlang di dalam pelajaran dan di dalam hidupnya. Tolong ambil gambar Kak Long dan tulis apa yang Kak Long kata ini kerana Kak Long mahu semua anak bangsa kita sedar bahawa kaedah ini akan membawa perubahan besar di dalam hidup mereka, bukan sahaja untuk diri mereka sendiri tetapi juga untuk seluruh bangsa Melayu."

No comments: