Saturday, January 19, 2008

Dari paling lemah matematik jadi pensyarah matematik & statistik

Alor Gajah - 3hb Nov 2007. Pensyarah Matematik dan Statistik di Kolej Risda Melaka di Air Paabas di sini, Puan Norida bt Abdul Aziz, telah berubah daripada seorang yang amat lemah dalam subjek matematik menjadi pelajar paling cemerlang di dalam subjek tersebut setelah mengikuti Bengkel Intensif Kaedah Mokhdar di sekolah beliau, SMK Lui Barat, Serting, pada awal 1997.
Menceritakan lebih lanjut, beliau mendapat gred D bagi subjek matematik di dalam peperiksaan UPSR dan PMR. Dengan bimbingan guru matematik yang berdedikasi dan kreatif semasa di tingkatan 4, prestasi beliau meningkat ke gred C3. Bagaimanapun prestasi beliau benar-benar melonjak sejak mengikuti bengkel Kaedah Mokhdar dan terus menggunakan kaedah tersebut sehingga beliau dinobatkan sebagai pelajar terbaik SMK Lui Barat bagi tahun 1997.
Beliau bertukar ke aliran sains ketika mengikuti pengajian di matrikulasi dan seterusnya melanjutkan pengajian dalam bidang statistik di Universiti Putra Malaysia di Serdang dan menamatkan pengajian beliau dengan cemerlang dan mendapat Ijazah Kepujian Kelas Dua Tinggi di dalam bidang statistik dengan CGPA 3.203.
Kini beliau menggalakkan semua pelajar beliau supaya mengamalkan kaedah Mokhdar dan berharap agar Kerajaan segera melaksanakan kaedah yang amat berkesan ini di dalam melonjakkan prestasi pelajar bukan sahaja di dalam subjek matematik tetapi juga semua subjek lain.

1 comment:

Cik Ifti said...

saya nak belajar kaedah ni, tapi saya betul2 tak mampu.. datang la ke sekolah saya pulak. smk(p)methodist, klang selangor..